Sabtu, 14 Mac 2015

CARA DAN PANTANG MAKAN VITAMIN SHAKLEE

CARA-CARA MAKAN SUPPLIMENT SHAKLEE:


Secara amnya, dicadangkann pengambilan suplemen adalah pada waktu malam kerana secara teorinya, vitamin-vitamin ini akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama-sama vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan.

4. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

5. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana ianya mengurangkan kadar penyerapan suplemen.

CADANGAN CARA PENGAMBILAN SUPPLIMENT

Zinc : Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon : Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake:  Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa: Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP


CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Pagi: B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi :ESP/CINCH
Tengah Hari: Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang: ESP/CINCH

Makan Malam: Lecithin/Kalsium/Vitamin E

Tiada ulasan:

Catat Ulasan